.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Tuesday, April 3, 2012

Coming Soon Baby

11 mac 2012 (ahad) tarikh yang paling gembira dalam hidup aku dan my dear sebab ahli keluarga kami akan bertambah.

Bermulanya tahap fasa dua dalam rumah tangga kami.Mudah-mudahan rezeki akan bertambah.Aku sangat gembira akhirnya aku akan bergelar seorang ibu (macam dalam mimpi pulak)..blushing.

Ceritanya bermula begini..my period dah lambat dalam 1bulan 16hari..tapi aku anggap biasa sahaja sebab memang period aku tidak teratur.ada kalanya 2bulan sekali dan pernah aku period 4bulan berterusan.Aku sangat takut masa tu, mulalah muncul benda-benda negatif..adakah aku xakan dapat baby suatu hari nanti? Alhamdulillah semuanya ketentuan Allah.

Aku bersyukur dapat mertua yang baik, penyayang dan memahami.Aku tahu tidak semua orang akan bertuah macam aku.Mungkin Allah sayangkan aku sebab aku sentiasa kesunyian tanpa 'mama'. Mak kandung pun aku tidak pernah jumpa.Mama angkat pulak meninggal dunia ketika usia aku 12 tahun.Okey,rasanya aku susah lari dari tajuk asal.

Mertua aku yang bawa aku pergi jumpa doktor.Sebenarnya aku sdh buat Pregnant Test di rumah 2x cuma keputusan tidak memuaskan hati.Akhirnya keputusan dari doktor mengembirakan kami semua.Aku mengandung 8 minggu (Alhamdulillah)..Maklumlah cucu pertama keluarga dorang tidak berada di Malaysia..jauh nun di sanaaaaaa London sebab abang Mie sambung belajar phD di sana.



Test 1: Jalur yg ke-2 x clear..so konfius @_@


Test 2 : Jalur yang ke-2 still x jelas


8 week pregnancy
EDD (E.Due Date) 31/10/2012
15.3mm



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...