.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Monday, June 4, 2012

Bleeding

3hb Jun - Majlis persandingan Zillah & Shah.Kami balik JB pd 2hb Jun.4hb June sepatutnya dah balik KL semula sebab my hubby ada meeting.Lagipun dia nak buat persiapan untuk pergi ke Thailand atas urusan company.

Tiba-tiba pula cirit birit dari 9 pagi sampai lah ke petang.Jam 3 petang keluar pergi tanya harga bersalin di Puteri Specialist JB.Harga memang boleh tahan.Kalau ada rezeki memang nak bersalin kat sana.

Dalam perjalanan ke rumah ternampak pula durian Rm1 sebiji.Belilah dalam 6 biji tapi yang 3 biji Rm10..Sampai ke rumah makan durian sampai tak ingat dunia.My hubby bising2 tapi buat tak reti je.Jam 4 petang keluar masuk bilik air tapi yang peliknya kenapa ada darah yang keluar? Mula2 memang tak perasan lah, mungkin darah ketika buang air besar sebab cirit birit.Lama kelamaan rasa macam lain pula, darah tu keluar macam datang haid.Terkejut dan takut sangat terus kami bergegas ke Klinik Suria tapi kami di suruh pergi ke hospital besar sebab Klinik Suria tidak ada kelengkapan scan.Sampai di Hospital Sultanah Aminah terus masuk emergency.Tunggu dari jam 6 - 8 malam sampai tertidur.Memang x emergency langsung.Doktor scan perut cari jantung, mula2 doktor tak jumpa jantung..memang takut sangat lah.Kemudian doktor baru tunjukkan jantung baby masih berdenyut.Doktor katakan sihat dan plasenta masih di kedudukan atas.Doktor suruh rehat banyak.Jangan berjalan jauh dan makan ubat untuk menguatkan rahim.Maklumlah kandungan di bawah 20 minggu belum cukup kuat.Sekarang baru 19 minggu (4 bulan 3 minggu).

Sampai di rumah masih juga cirit birit dan pendarahan.Memang takut sangat sampai menangis tidak boleh tidur.My hubby pun risau.Dia sarankan untuk aku tinggal di JB sampai hujung minggu untuk keselamatan baby kami.Nanti dia balik dari KL baru dia ambil aku.Alhamdulillah keesokkan harinya pendarahan dah berhenti cuma cirit birit saja yang belum berhenti.Ya Allah berilah aku dan suami peluang untuk menimang cahaya mata.Sempurnakanlah sifat dan fizikal bayi kami.Hanya kepadaMu kami memohon.Aminnn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...