.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Friday, June 15, 2012

Peristiwa Bulan Jun

Berat hati nak update malam ni, tapi mata tak boleh tidur sebab kepala berdenyut2 mungkin sebab makan maggi tengah malam..

3 Jun 2012
Genap 2 tahun kami couple.Memang tak teringat langsung nak celebrate sebab adik sepupu hubby ada buat kenduri kahwin masa tu.( sedih juga lah sebab tak celebrate apa2 pun..last year aku di Sabah dan hubby di KL).Selamat pengantin baru buat Norazila Noordin & suami.

Tidak dilupakan juga sepupu aku yang juga melangsungkan perkahwinan di Sabah..Kami memohon maaf tidak dapat hadir.Anyway selamat pengantin baru kepada Ainn & Wan.

4 Jun 2012
Aku cirit birit (CB) dari pagi sampai petang dan tiba2 aku bleeding.Kebetulan selepas kami servay hospital untuk bersalin kami singgah di SMART beli barang..nampak durian murah2.Hubby pun beli lah 6 biji.Sampai rumah apa lagi, terus kenduri durian sampai tak ingat dunia.Keluar masuk toilet memang belum ok lagi sebab perempuan mengandung tak boleh makan sebarang ubat walaupun herba (Pil Chi Kit Teck Aun).Tiba2 aku terkejut bila nampak darah (macam darah period yang berketul).Kami semua panik terus bergegas ke Hospital masuk emergency.Alhamdulillah selepas scan semuanya selamat.Doktor nasihatkan rehat secukupnya, jangan banyak bergerak dan makan ubat yang di berika selama 5 hari (ubat kuatkan rahim).

Selamat pengantin baru juga kepada anak buah aku (Hamidi Suel) yang melangsungkan perkahwinan di Kelantan dan selamat hari lahir.Kami sekeluarga memohon maaf kerana tidak dapat hadir atas sebab2 kesihatan.

6 Jun 2012
Hari lahir anak buah aku di Sabah Mohd Nizam Ibrahim..Just wish dan tak bagi apa2 gift.

7 Jun 2012
Abang aku yang no.2 (Ibrahim Hj Sablee)meninggal dunia.Dunia macam terasa berputar ketika mendengar berita dari kampung.Macam mimpi..betul2 aku tak percaya sedangkan baru saja aku bersembang dengan mertua aku berkenaan abg aku yang no.2 sebab dia rajin ke laut.

Baru saja aku wish happy birthday tuk anak sulungnya..tiba2 hari ni pulak aku menerima kabar tentang ayahnya.Aku dapat merasakan bahawa sedihnya bila kehilangan orang yang kita sayang seperti aku kehilangan ibu angkatku (Hjh Mahani Bt Mohd Tahir) dan juga ibu kandungku.Semoga rohnya di rahmati dan dicucuri rahmat..aminn.Meninggal pada hari Khamis dan di kebumikan pada hari Jumaat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...