.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Sunday, June 17, 2012

Persediaan Menyambut Baby (Part I)

Letih berjalan2 hari ini.Tadi ingat nak jumpa klien jam 1pm dari Sarawak..tiba2 dia sms nak jumpa plk jam 5pm.Kami teruskan juga perjalanan pergi ke Mid Valley survey barangan bayi konon.Mulanya tak nak beli dulu sebab belum scan gander lagi, tapi hati geram sangat tengok barangan bayi yang comel aka kiut-miut dengan potongan harga yang sangat menarik 50% diskaun di Metrojaya.Aku memang pantang nampak diskaun ni, confirm aku gatal hati dan gatal kaki nak masuk kedai tu..tangan pun gatal nak memilih..akhirnya duit pun gatal juga nak keluar..hahaha.(Biasalah perempuan, shopping is treatment for women..betul tak?)

Sampai saja di rumah ingat nak terus baring tapi gatal tangan lagi nak membelek2 baju baby yang ku beli tadi.Tiba2 dapat whatsupp dari abg mie (bro in-law) dari London bagitahu yang diorang dah beli sedikit barang yang kami kirim (barangan Avent).

Memang mulanya tak mahu beli kat London sebab kos penghantaran mahal kalau tukar dalam Ringgit Malaysia - Pound British.Kos penghantaran dalam 200++.Tapi bila survey harga stroller & katil (Graco) jauh lebih murah dari sini.Stroller Mirage kat sini dalam RM1190 dan katil yang boleh lipat RM899..campur2 dua barang saja dah 2000++..kalau kat London Stroller Mirage tu boleh lah dapat dalam harga £129 (RM640) katil Graco tu dalam £89 (RM441) campur kos penghantaran baru RM1281 dan boleh juga beli barang2 lain seperti Avent & Fisher Price.Memang mabuk shopping lah kalau kat sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...