.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Wednesday, October 3, 2012

Keracunan Makanan

Mata belum mengantuk, badan tak berapa sihat..subuh smlm tiba2 demam mengigil kesejukkan gara2 masuk angin..Ni lah degil tak suka pakai selimut dan pakai stokin bila nak tido.

Memang sengsara sangat bila muntah2 sampai 8x petang tu.Call hubby suruh cepat balik..ingatkan dab nak bersalin sebab adik kawan muntah2 bila nak bersalin..actually baru 35 minggu..cepat2 packing barang baby dan barang pakaian sendiri..tu pon rasa macam nak pengsan saja.

Sampai je kat Hospital Bersalin Razif terus masuk wad..kena tahan terus untuk dua malam..hubby suruh ambik Bilik Perdana (Rm200 per night)..kalau ikutkan hati nak je ambik bilik biasa (Rm70 per night) tapi hubby kata ambik jew sebab dia nak temankan tido wad.Kebetulan pulak kawan ada tidur rumah time kena aku sakit tu..so kami bertiga lah tido wad malam tu.

Malam pertama memang tak dapat tido sebab nurse dan doktor datang setiap 2 jam check tekanan darah, check denyutan jantung baby, bagi makan ubat..tiba2 subuh tu badan panas sangat..rupanya aku demam suhu badan 37.9 darjah celcius.Masuk air 6 botol (3 liter) dan kena jarum kat bontot..perrrgh memang tension giler sebab tak boleh gerak, macam robot dah tangan ni bila drip..gerak sikit mesin asik bunyi pastu kena panggil nurse betulkan balik..last2 aku cakap kat nurse tu tak payah lah guna mesin tu.baru aman sikit..

Hari kedua demam, muntah, cirit-birit dah sembuh..hati berbunga2 nak balik rehat kat umah..sekali bil sampai..alamak!!! Bil sampai 4 angka tu..1k ++..tapi hubby kata memang dia dah jangka pon harga macam tu sebab bilik yg mahal sebenarnya..terus fikiran melayang sekejap alangkah baik kalau buat topup duit bisnes...hoho

Keluar wad terus bergegas pergi pejabat pos untuk pos barang order..packing semua di sana..last minit punya kerja sebab orang yang jaga kaunter kotak tu rest dari jam 11-2pm.Rest apa macam tu? Bukan hari Jumaat pon..pastu yang bengangnya staff sana seorang pun tak boleh ganti...hampehhh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...