.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Friday, November 16, 2012

New Born Baby Zafran

29/10/2012 (Isnin)

Hari ini pergi check up..sepatutnya esok baru check up..sebab doctor scan baby EDD 31/10/2012..tapi hati berat mengatakan nak juga pergi hari ini..My cousin wife dah bersalin 28/10/2012 (ahad)..sepatutnya due date kami sama kalau mengikut perkiraan manual lah...

Sampai ke Hospital Bersalin Razif jam 3pm..seperti biasa ambil urine test, blood pressure..pastu jumpa Doctor..masa scan terus doctor kata air ketuban dan kurang...hati dup-dap dup-dap dah rasanya..doctor terus check bukaan..kata doctor baru buka 1cm..doctor kata kena masuk wad terus...uwaaaaa!!!!

Hati rasa sedih bila masuk wad..macam2 perasaan bercampur-baur..call my hubby, terus dia dtg ptg tu dari tempat kerja.Kesian juga ngan my hubby sebab dia dah nak last day, banyak benda nak settle dalam office tapi kesihatan wife & baby lagi penting..



Pic sebelum bersalin


Gambar nurseri



Bilik Perdana 12 
30/10/2012 (selasa)

Jam 8pm doctor datang dan masukkan pil induce..mula2 tak sakit tetapi selepas 2jam ada sakit belakang.Jam 12 tengah malam call nurse sebab sakit sangat macam nak buang air besar..tetapi bukaan masih juga 1cm..tepat jam 2 pagi tak boleh tidur, kerap pusing2 je baby dalam perut tu, belakang pon sakit sangat..sambil2 tu chat whatsapp ngan member.Tepat jam 7 pagi nurse datang suruh bersedia untuk pergi ke Labour Room..pelik gak kenapa awal pergi labor room awal.Bila dah sampai Labour room automatik sakit 5minit tu menyerang.Memang sakit giler, salur hose kena masuk dalam pundi kencing..memang ngilu sangat..sungguh tidak selesa.My hubby cakap, bersabar lah sayang..tetapi memang menagis bila doctor pecahkan air ketuban dan doctor kata baby dah berak..bercucuran air mata sebab takut benda yang tak elok berlaku pada baby..doctor terus suruh panggil my hubby yang tengah sarapan di bawah bersama mak mertua dan bapa mertua..doctor kata kena operate sebab baby dah berak...Semua yang aku takutkan selama ini operate lah..that why aku aktif berjalan..kalau setakat Mid Valley tu dah tawaf aku jalan..

Tepat jam 9 pagi (30/10/2012) , selamatlah baby boy lahir melalui operate..alhamdulillah, baby boy yang comel, sihat dan sempurna.2.78kg.My hubby happy sangat bila baby boy lahir..masa my hubby azan kan baby mata dah buka luas..

Walaupon masa tu aku sakit sangat, tetapi bila nampak baby terus hilang semua kesakitan semua yang aku alami selama ini..hari pertama tak boleh gerak langsung, makan minum tak di benarkan langsung...hanya masuk drip 4 botol.Hari ke-2 minum air sahaja..hari ke-3 makan bubur (soft diet), hari ke-4 baru discaj Hospital...tak sabar2 nak keluar Hospital..nak berehat di rumah sendiri..lagipon bil meningkat tinggi kalau duduk lama2..Syukur juga my hubby dah sediakan untuk bayar bil..ada juga dalam RM5300
Name tag 


Baby Boy (2.78kg)..lahir2 dah senyum


Kuat menyusu my baby ni



Alhamdulillah my baby boy Mizan Zafran Bin Mohd Halem


Like mother like son

Wednesday, October 3, 2012

Keracunan Makanan

Mata belum mengantuk, badan tak berapa sihat..subuh smlm tiba2 demam mengigil kesejukkan gara2 masuk angin..Ni lah degil tak suka pakai selimut dan pakai stokin bila nak tido.

Memang sengsara sangat bila muntah2 sampai 8x petang tu.Call hubby suruh cepat balik..ingatkan dab nak bersalin sebab adik kawan muntah2 bila nak bersalin..actually baru 35 minggu..cepat2 packing barang baby dan barang pakaian sendiri..tu pon rasa macam nak pengsan saja.

Sampai je kat Hospital Bersalin Razif terus masuk wad..kena tahan terus untuk dua malam..hubby suruh ambik Bilik Perdana (Rm200 per night)..kalau ikutkan hati nak je ambik bilik biasa (Rm70 per night) tapi hubby kata ambik jew sebab dia nak temankan tido wad.Kebetulan pulak kawan ada tidur rumah time kena aku sakit tu..so kami bertiga lah tido wad malam tu.

Malam pertama memang tak dapat tido sebab nurse dan doktor datang setiap 2 jam check tekanan darah, check denyutan jantung baby, bagi makan ubat..tiba2 subuh tu badan panas sangat..rupanya aku demam suhu badan 37.9 darjah celcius.Masuk air 6 botol (3 liter) dan kena jarum kat bontot..perrrgh memang tension giler sebab tak boleh gerak, macam robot dah tangan ni bila drip..gerak sikit mesin asik bunyi pastu kena panggil nurse betulkan balik..last2 aku cakap kat nurse tu tak payah lah guna mesin tu.baru aman sikit..

Hari kedua demam, muntah, cirit-birit dah sembuh..hati berbunga2 nak balik rehat kat umah..sekali bil sampai..alamak!!! Bil sampai 4 angka tu..1k ++..tapi hubby kata memang dia dah jangka pon harga macam tu sebab bilik yg mahal sebenarnya..terus fikiran melayang sekejap alangkah baik kalau buat topup duit bisnes...hoho

Keluar wad terus bergegas pergi pejabat pos untuk pos barang order..packing semua di sana..last minit punya kerja sebab orang yang jaga kaunter kotak tu rest dari jam 11-2pm.Rest apa macam tu? Bukan hari Jumaat pon..pastu yang bengangnya staff sana seorang pun tak boleh ganti...hampehhh!!!

Tuesday, September 11, 2012

I Love Crochet

Salam..lama menyepi, mata dah nak terlelap tapi bila baca chit-chat dalam my blog ramai yang nak suruh update blog.

Pagi2 buta ni nak update pasal crochet pulak..ni hobi yang datang secara tidak di sengajakan ketika pregnant 7 bulan.

Actually bukan crochet je tapi tima puasa tu memang terkejut juga my mother in-law bila aku buat banyak kuih raya..adalah dalam 9 jenis ( padahal aku tak pernah buat kuih raya sebelum ni kecuali batang buruk).

Selain crochet dan buat kuih, tiba2 pulak datang ilham membuat kek lapis Sarawak (penat owh 3 jam nk buat kek lapis).









Friday, August 31, 2012

Aidilfitri 2012

19-Aug 12 : Kenangan terindah beraya bersama family sendiri sebagai husband & wife..Tahun depan InsyaAllah kami akan beraya dengan orang ketiga..ops, jangan salah sangka..bukan main kayu tiga but with my baby boy (dah scan baby boy..x tau lah klu lahir nti baby girl pulak..mana2 pun kami sedia menerima mudah2an sihat & sempurna).

Tahun nie kami beraya di Johor Bahru atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan..Actually klu ikut adat Johor raya pertama akan beraya di rumah pihak perempuan tetapi aku mengandung dah sarat 7 bulan..nak naik flight memang tak dapat lah..kena minta surat dari doktor..lagipun Airasia tidak membenarkan wanita hamil 7bln ke atas naik flight..sia2 nanti kena halau..Lain lah kalau naik MAS...maybe di benarkan jika ada surat dari doktor tapi mahal giler tiket balik Sabah time raya..pergi balik kami berdua around 2k++..belum lagi belanja di sana..nak sewa kereta, hotel, belanja raya..Memang lah rumah aku di sabah kenapa nak sewa hotel tapi masalahnya kalau sampai KK kena gak sewa hotel..tak kan nak menyempit kat umah sedara mara..Lainlah kalau balik kampung aku..memang free lah coz rumah sendiri..itu pun 2 jam dr KK ke Kuala Penyu.Belanja nak bersalin lagi nak diambil kira..kalau bersalin goverment tak lah sesak sangat nak kumpul duit tapi aku & hubby aku gete2 nak bersalin di swasta Hospital Bersalin Razif, Klang..Baby first memang excited lagipun kat hospital goverment Klang banyak rekod buruk..bukan mau memburukkan sesiapa, kalau tengok dari luar hospital tu pun ngeri..macam hospital berhantu..opsss tak sayang mulut.

Pengalaman beraya bersama family my husband boleh dikira tip-top coz aku dapat layanan istimewa..tak banyak buat kerja sangat macam kat raya kat kampung (maybe aku pregnant ) or mungkin sebab family belum besar macam family kami..biasalah tu bila beraya ramai2 ada yang ringan tulang ada yang berat sangat tulang tu..sekadar tengok dari jauh, mana lagi yang jadi manager tukang arah..aku rasa mana-mana pun sama lah..Itu semua bergantung kepada didikan dari kecil dan kalau dah besar tu memang dari hati sendiri lah..ada otak mau fikir.

Sesi bersalaman family Linsani


Pagi raya pertama bangun awal pastu kena mandi sunat Aidilfitri..pastu tolong mama kat dapur..masak tak lah cuma tolong apa yang patut..Lelaki kena pegi Solat Sunat Aidilfitri x jauh pun..5 minit jalan kaki (that why kriteria rumah yang nak di beli mesti dekat masjid, jalan besar, dapur luas - mama punya pilihan).Selalu nampak dalam tv pagi raya bersalaman, minta maaf & dapat duit raya..kami x buat secara formal..selalunya pagi tu pegi bilik bapa masing2 salam minta maaf tapi senyap2 sebab bapa mulut laser..nanti dia membebel malu lah..huhu.tentang duit raya tu memang kempunan lah..my dad very berkira psl duit..nasiblah kami sebagai anak memahami.Tetiba pulak pas lelaki (my father in-law, my hubby & my brother in-law) balik dari masjid..mama terus suruh pakai baju cantik2 pastu duduk di ruang tamu..bermulanya sesi salam, minta maaf & bagi duit raya (dah macam dlm tv aku rasa..sbb x pernah buat mcm tu secara formal..terharu T_T)..pastu sesi ambil gambar family.Aku memang gemuk giler dalam gambar raya tahun nie..hope raya tahun depan boleh kurus dan target baju kebaya ok...huhu.


Family Linsani tapi kurang abg mie, kak ida & cha2
3 beradik anak Sani
Abg mie, kak ida & chacha beraya di London..jauh di mata dekat di hati
Rumah Terbuka busu amin

My hubby & me

Sunday, July 22, 2012

Pengalaman Paling Berharga

Salam Ramadhan..har ini hari ke-2 umat Islam semua berpuasa..hari ni my hubby awal pagi dah bangun upload gambar scan 3D baby boy kami dalam FB..bukan apa, nak kongsi berita gembira dengan family yang jauh.(over excited sebenarnya..hahaha)








Kad daftar Bersalin & scan 2D





Semalam ada nampak dalam blog pasal scan 3D, ramai yang syorkan Jezzlyn tp bila call dia tak jawab pulak..Last2 call PJ Women Specialist & Family Clinic dekat PJ SS2 Petaling Jaya..Sebenarnya agak jauh juga untuk kami pergi sana sebab kami tinggal area Klang..Sepatutnya 17/7/2012 selasa malam hari tu memang dah nak buat scan 3D kat Hospital Bersalin Razif tapi emergency pulak doktor yang buat scan malam tu..time puasa pula dia solat Terawih so kena tunggu lepas raya..hurm..lepas raya dah masuk 30 minggu..so baby dah besar susah nak nampak sangat muka..masa yang sesuai di syorkan untuk scan 3D pada 24-29 week..nampaknya terpaksalah kami cari tempat lain..






Video scan 4D










PJ Women Specialist & Family Clinic


Semalam buat appointment kat 

PJ Women Specialist & Family Clinic terus book jam 2pm.tapi kami sampai sebelum jam 2..time doktor lunch (tak sabar sebenarnya).Ni gambar scan 2D & 3D baby boy kami..Doktor siap tunjuk lagi kemaluannya..aduh, kesian my baby ni belum keluar lagi dah semua orang nampak bontot & tuuutttt..hehe






Graf 







Bacaan Graf




Gambar dari bawah punggung













My baby boy..ikut hidung siapa lah tu..hehe
















Look i'm boy ok..









Kami semua happy sangat dapat nampak baby dalam perut gerak2...cuma tak aktif sangat macam kami scan mula2 kat Hospital Bersalin Razif..doktor kata kalau siang baby banyak tidur..malam baby aktif..tapi alhamdulillah baby kami tak lah menghampakan kami..dapat juga lah nampak muka dan full body walaupon banyak kali terpaksa doktor gerak2 perut tuk baby alihkan tangan dari muka..sebenarnya banyak lagi video yang doktor burn dalam cd..gambar pon banyak..memang puas hati lah walaupun bayar mahal sedikit RM160 berbanding Hospital Bersalin Razif RM120.


Thursday, July 19, 2012

Selamat Datang Ramadhan

Salam Ramadhan semua..esok dah mula puasa.Mata ni belum mengantuk, tiba2 teringin nak buat entri pulak..asik layan fb sampai dah naik bosan.Siang nanti mesti ramai yang berhabis nak makan makanan kegemaran..maklumlah esok dah takde istilah 'lunch' ganti kepada 'sahur' & 'sungkai' (sungkai istilah berbuka puasa dalam bahasa Sabah).

Ramadhan baru nak muncul esok tapi Raya pula yang di sebut2..aduhai.Majoriti busy nak buat kuih raya lah, tunggu gaji next week nak beli baju baru lah, tempah langsir, beli sarung kusyen baru, beli perabot baru, rambut style baru..ni lah yang selalu terjadi menjelang Ramadhan..harap bulan yang mulia ini kita semua dapat menfaatkan hari2 tersebut dengan sempurna.Jangan lupa beli buah kurma untuk bersahur & berbuka nanti..minggu lepas sempat beli kurma Yusuf Taiyoob..my hubby bising, dia kata aku terpengaruh iklan tv..hahaha..btw kurma tu memang sedap.

Seminggu sebelum puasa hari tu tiba2 pulak datang rajin nak buat kuih..padahal tak pernab buat kuih sebelum ni..asik kuih batang buruk & kuih makmur saja lah aku pandai buat.My hubby siap belikan aku buku resipi & bahan2 buat kuih tuk raya.Alhamdulillah dapat oven & mixer hadiah kahwin dari company my hubby..save budget..hehe.Rasanya start puasa nanti baru start buat kuih lagi coz hari tu cuma ada dua jenis kuih sempat di buat..itu pun sudah hantar sabah separuh.

Kuih ulat bulu & cornflaks madu

Sunday, June 17, 2012

Persediaan Menyambut Baby (Part I)

Letih berjalan2 hari ini.Tadi ingat nak jumpa klien jam 1pm dari Sarawak..tiba2 dia sms nak jumpa plk jam 5pm.Kami teruskan juga perjalanan pergi ke Mid Valley survey barangan bayi konon.Mulanya tak nak beli dulu sebab belum scan gander lagi, tapi hati geram sangat tengok barangan bayi yang comel aka kiut-miut dengan potongan harga yang sangat menarik 50% diskaun di Metrojaya.Aku memang pantang nampak diskaun ni, confirm aku gatal hati dan gatal kaki nak masuk kedai tu..tangan pun gatal nak memilih..akhirnya duit pun gatal juga nak keluar..hahaha.(Biasalah perempuan, shopping is treatment for women..betul tak?)

Sampai saja di rumah ingat nak terus baring tapi gatal tangan lagi nak membelek2 baju baby yang ku beli tadi.Tiba2 dapat whatsupp dari abg mie (bro in-law) dari London bagitahu yang diorang dah beli sedikit barang yang kami kirim (barangan Avent).

Memang mulanya tak mahu beli kat London sebab kos penghantaran mahal kalau tukar dalam Ringgit Malaysia - Pound British.Kos penghantaran dalam 200++.Tapi bila survey harga stroller & katil (Graco) jauh lebih murah dari sini.Stroller Mirage kat sini dalam RM1190 dan katil yang boleh lipat RM899..campur2 dua barang saja dah 2000++..kalau kat London Stroller Mirage tu boleh lah dapat dalam harga £129 (RM640) katil Graco tu dalam £89 (RM441) campur kos penghantaran baru RM1281 dan boleh juga beli barang2 lain seperti Avent & Fisher Price.Memang mabuk shopping lah kalau kat sana.

Friday, June 15, 2012

Peristiwa Bulan Jun

Berat hati nak update malam ni, tapi mata tak boleh tidur sebab kepala berdenyut2 mungkin sebab makan maggi tengah malam..

3 Jun 2012
Genap 2 tahun kami couple.Memang tak teringat langsung nak celebrate sebab adik sepupu hubby ada buat kenduri kahwin masa tu.( sedih juga lah sebab tak celebrate apa2 pun..last year aku di Sabah dan hubby di KL).Selamat pengantin baru buat Norazila Noordin & suami.

Tidak dilupakan juga sepupu aku yang juga melangsungkan perkahwinan di Sabah..Kami memohon maaf tidak dapat hadir.Anyway selamat pengantin baru kepada Ainn & Wan.

4 Jun 2012
Aku cirit birit (CB) dari pagi sampai petang dan tiba2 aku bleeding.Kebetulan selepas kami servay hospital untuk bersalin kami singgah di SMART beli barang..nampak durian murah2.Hubby pun beli lah 6 biji.Sampai rumah apa lagi, terus kenduri durian sampai tak ingat dunia.Keluar masuk toilet memang belum ok lagi sebab perempuan mengandung tak boleh makan sebarang ubat walaupun herba (Pil Chi Kit Teck Aun).Tiba2 aku terkejut bila nampak darah (macam darah period yang berketul).Kami semua panik terus bergegas ke Hospital masuk emergency.Alhamdulillah selepas scan semuanya selamat.Doktor nasihatkan rehat secukupnya, jangan banyak bergerak dan makan ubat yang di berika selama 5 hari (ubat kuatkan rahim).

Selamat pengantin baru juga kepada anak buah aku (Hamidi Suel) yang melangsungkan perkahwinan di Kelantan dan selamat hari lahir.Kami sekeluarga memohon maaf kerana tidak dapat hadir atas sebab2 kesihatan.

6 Jun 2012
Hari lahir anak buah aku di Sabah Mohd Nizam Ibrahim..Just wish dan tak bagi apa2 gift.

7 Jun 2012
Abang aku yang no.2 (Ibrahim Hj Sablee)meninggal dunia.Dunia macam terasa berputar ketika mendengar berita dari kampung.Macam mimpi..betul2 aku tak percaya sedangkan baru saja aku bersembang dengan mertua aku berkenaan abg aku yang no.2 sebab dia rajin ke laut.

Baru saja aku wish happy birthday tuk anak sulungnya..tiba2 hari ni pulak aku menerima kabar tentang ayahnya.Aku dapat merasakan bahawa sedihnya bila kehilangan orang yang kita sayang seperti aku kehilangan ibu angkatku (Hjh Mahani Bt Mohd Tahir) dan juga ibu kandungku.Semoga rohnya di rahmati dan dicucuri rahmat..aminn.Meninggal pada hari Khamis dan di kebumikan pada hari Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...