.....

......This Is Personal Blog With Me & My Hubby. That Why You Can See A lot Story More About Us.....

Sunday, July 22, 2012

Pengalaman Paling Berharga

Salam Ramadhan..har ini hari ke-2 umat Islam semua berpuasa..hari ni my hubby awal pagi dah bangun upload gambar scan 3D baby boy kami dalam FB..bukan apa, nak kongsi berita gembira dengan family yang jauh.(over excited sebenarnya..hahaha)








Kad daftar Bersalin & scan 2D





Semalam ada nampak dalam blog pasal scan 3D, ramai yang syorkan Jezzlyn tp bila call dia tak jawab pulak..Last2 call PJ Women Specialist & Family Clinic dekat PJ SS2 Petaling Jaya..Sebenarnya agak jauh juga untuk kami pergi sana sebab kami tinggal area Klang..Sepatutnya 17/7/2012 selasa malam hari tu memang dah nak buat scan 3D kat Hospital Bersalin Razif tapi emergency pulak doktor yang buat scan malam tu..time puasa pula dia solat Terawih so kena tunggu lepas raya..hurm..lepas raya dah masuk 30 minggu..so baby dah besar susah nak nampak sangat muka..masa yang sesuai di syorkan untuk scan 3D pada 24-29 week..nampaknya terpaksalah kami cari tempat lain..






Video scan 4D










PJ Women Specialist & Family Clinic


Semalam buat appointment kat 

PJ Women Specialist & Family Clinic terus book jam 2pm.tapi kami sampai sebelum jam 2..time doktor lunch (tak sabar sebenarnya).Ni gambar scan 2D & 3D baby boy kami..Doktor siap tunjuk lagi kemaluannya..aduh, kesian my baby ni belum keluar lagi dah semua orang nampak bontot & tuuutttt..hehe






Graf 







Bacaan Graf




Gambar dari bawah punggung













My baby boy..ikut hidung siapa lah tu..hehe
















Look i'm boy ok..









Kami semua happy sangat dapat nampak baby dalam perut gerak2...cuma tak aktif sangat macam kami scan mula2 kat Hospital Bersalin Razif..doktor kata kalau siang baby banyak tidur..malam baby aktif..tapi alhamdulillah baby kami tak lah menghampakan kami..dapat juga lah nampak muka dan full body walaupon banyak kali terpaksa doktor gerak2 perut tuk baby alihkan tangan dari muka..sebenarnya banyak lagi video yang doktor burn dalam cd..gambar pon banyak..memang puas hati lah walaupun bayar mahal sedikit RM160 berbanding Hospital Bersalin Razif RM120.


Thursday, July 19, 2012

Selamat Datang Ramadhan

Salam Ramadhan semua..esok dah mula puasa.Mata ni belum mengantuk, tiba2 teringin nak buat entri pulak..asik layan fb sampai dah naik bosan.Siang nanti mesti ramai yang berhabis nak makan makanan kegemaran..maklumlah esok dah takde istilah 'lunch' ganti kepada 'sahur' & 'sungkai' (sungkai istilah berbuka puasa dalam bahasa Sabah).

Ramadhan baru nak muncul esok tapi Raya pula yang di sebut2..aduhai.Majoriti busy nak buat kuih raya lah, tunggu gaji next week nak beli baju baru lah, tempah langsir, beli sarung kusyen baru, beli perabot baru, rambut style baru..ni lah yang selalu terjadi menjelang Ramadhan..harap bulan yang mulia ini kita semua dapat menfaatkan hari2 tersebut dengan sempurna.Jangan lupa beli buah kurma untuk bersahur & berbuka nanti..minggu lepas sempat beli kurma Yusuf Taiyoob..my hubby bising, dia kata aku terpengaruh iklan tv..hahaha..btw kurma tu memang sedap.

Seminggu sebelum puasa hari tu tiba2 pulak datang rajin nak buat kuih..padahal tak pernab buat kuih sebelum ni..asik kuih batang buruk & kuih makmur saja lah aku pandai buat.My hubby siap belikan aku buku resipi & bahan2 buat kuih tuk raya.Alhamdulillah dapat oven & mixer hadiah kahwin dari company my hubby..save budget..hehe.Rasanya start puasa nanti baru start buat kuih lagi coz hari tu cuma ada dua jenis kuih sempat di buat..itu pun sudah hantar sabah separuh.

Kuih ulat bulu & cornflaks madu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...